Toyota GR Yaris - kembalikan zaman Celica GT-Four, Corolla WRC


Gempar Tokyo Auto Salon apabila Toyota GR Yaris di perkenalkan secara umum. Hatchback genit 3 pintu ini di buat untuk homologasi kereta Toyota yang bakal berentap di arena WRC seperti datuk neneknya seperti tajuk di atas.Di bina berasaskan Yaris 5-pintu yang baharu (Yaris yang betul ok, bukan Vios kontot seperti yang di jual di pasaran Asia Tenggara), badan 3 pintu ini di reka khas agar menetapi piawaian dan tahap prestasi yang di inginkan di pentas WRC.

Berotot badan GR Yaris ini. Arca roda depan dan belakang mengepak keluar, manakala bumper hadapan di penuhi dengan lubang kemasukan udara dan rim 18 inci di baluti dengan tayar bersaiz 225/40 ZR18.

GR Yaris menggunakan enjin 1,618cc sahaja dan 3 silinder sahaja, namun di mampankan oleh pengecas turbo yang menghamburkan sehingga 272PS dan 370 Nm kuasa dan tork masing-masing. Pacuan di alirkan ke keempat-empat tayarnya menerusi gearbox 6 kelajuan manual. 
Hiasan dalaman agak terhad kepada penjenamaan GR yang agak ketara, tetapi tiada "bespoke touch" yang menonjol. Tipikal untuk kereta Jepun berprestasi tinggi bersikap begini.

Maka, berakhirkan zaman skema Toyota? Sebelum ini, kita di acah dengan rekabentuk yang menusuk hati seperti CH-R, Camry baharu, Corolla hatchback yang kesemuanya anggun tetapi dikuasakan dengan enjin mesra alam, tapi kini, rupa yang menggugat itu disertai dengan hamburan kuasa enjin.

Comments