Toyota Corolla Altis - Evolusi Sedan Klasik


Toyota Corolla generasi baharu telah memasuki pasaran Malaysia sejak October 2019. Model ini telah bertapak di Malaysia sejak generasi pertama sekitar tahun 60-an lagi. Mengalami pasang surut rekabentuk dan prestasi jualan, Corolla tetap mendapat sambutan di kalangan pembeli terutamanya golongan yang tidak cerewet dan hanya mahukan pengangkutan dari titik A ke titik B dan kalau boleh tidak lekat di memori pengalaman memandu.

Namun model terbaharu ini sedikit berbeza. Berpelantarkan TNGA, Toyota bersungguh-sungguh mahu menjadikan sedan ini menusuk memori. Rekabentuk luarannya kekar seolah tersimpan otot rahsia, detailing lampu dan grillnya elegan.

Bahagian dalaman pula meminjam konsep rekabentuk dari model C-HR, model "muda" Toyota yang ranggi. Namun disebalik keranggian itu, keselesaan, ruang yang luas dan kemewahan masih menjadi tanda keunggulan kejuruteraan Jepun.

Enjin 1.8L yang di gunakan pada model ini, walaupun mempunyai sejarah evolusi yang amat lama bagi siri 1.8L yang di guna zaman berzaman, ianya telah di tala semula dan di gandingkan dengan kotak gear CVT yang langsung menyerupai "torque converter" dari segi rasa. Sensasi pemanduan terasa "berisi", tidak "seperti perodua" sepertimana model-model Toyota sebelum ini. NVH agak baik namun tidak menyamai Mazda3. Raungan enjin bila di tekan masih kedengaran menyeksakan, tetap di tebat dengan dengan agak baik. Pengendalian pula serasa mantap tanpa mempunyai kekerasan suspensi.

Saksikan video dari Youtube Car-Ideologi untuk impresi statik, perincian enjin, dimensi dan harga dan BONUS segmen sejarah Toyota Corolla dari tahun 1966!