Semangat VTEC di semarakkan di Tokyo Auto Salon 2020

Tokyo Auto Salon yang sedang berlangsung ini di semarakkan oleh Honda Access yang antara lain mempamerkan dua model lama yang amat masyhur dengan jeritan high rpm sistem VTEC 90an. Itulah Honda S2000 AP1 dan Honda Civic Type R generasi EK9.

Exterior model ini di hiaskan dengan rekaan bumper moden yang lebih aerodynamic, spoiler ekor itik dan rim 17 inci hitam yang memberi kontras kepada warna legasi putih Type R. Bahagian dalam masih standard, memang ada versi kabin merah dari dulu lagi untuk model ini.
Yang menjadi lagenda bagi S2000 AP1 ialah enjin F20C nya yang menendang-nendang pada 9,000prm. Memberikan 250hp dan 218Nm, di sinergikan oleh transmisi 6 kelajuan manual ke roda belakang. Pemanduannya di sifatkan oleh banyak media automotif sebagai seronok terlampau.
 Mereka yang melalui zaman remaja sebelum tahun 2000 pasti tahu pasal Civic EK9. Model Type R masa tu memang tak masuk Malaysia, tetapi ada di negara jiran kita Singapura. Namun enjin B16B memang bersepah di kedai half-cut, rancak memasuki chassis EG dan EK. Untuk TAS2020, EK9  telah diberikan sentuhan siber. Cantik itu subjektif, tapi bagi penulis, ini hodoh lampunya.
 Namun begitu, bumper hadapan dan belakang mendapat pemodenan seperti S2000 tadi, dan ini memberikan gaya baru yang agak agresif.
Bahagian dalam pula mendapat sentuhan digital di bahagian meter, manakala komponen lain nampaknya masih asli.

Tahu tak apa penulis rasakan sekarang? Rasa mahu terbang ke Japan Auction dan beli EK9 sekarang dan berikan gambar ini kepada pihak yang membuat bumper custom made. Pasti gah menyusuri jalan dengan dendangan lagu lama KRU di stereo!

Sumber gambar dari car.watch.impress.co.jp

Comments