Perodua Bezza facelift bakal di lancarkan 8 Januari 2020


Sedan Segmen A nombor 1 Malaysia versi facelift bakal di lancarkan esok, 8 Januari 2020, sekali gus membuka lembaran 2020 arena automotif Malaysia. Model apakah yang lebih layak berbanding dengan kereta yang sesungguhnya untuk rakyat ini kalau tidak bukan Perodua Bezza, sebuah sedan terkecil yang memberi "lebih semuanya" kepada pemiliknya, tidak kiralah ianya perihal ruang kabin, saiz boot and penjimatan minyak, semuanya menjadi titik unik untuk penjualan model ini.

Di datang dengan 4 variant - 1.0 GX manual (RM34,580), 1.0 GX auto (RM36,580), 1.3X auto (RM43,980) dan 1.3 AV auto (RM49,980), Bezza 2020 akan membawa perubahan paradigma dari segi keselamatan apabila model teratas bakal mendapat ASA 2.0 yang merupakan sistem "Autonomous Drive" dari segi pembrekkan serta pelbagai ciri amaran lain.

Satu lagi element "game changer" ialah lampu hadapan jenis LED yang di datangkan standard pada semua varian. Pastinya ini tidak wujud sebelum ini. Perodua memang bijak dalam hal-hal membawa alatan mahal ke produksi massa, yang mana akan menurunkan kos perunit bagi alat-alatan mahal sebegini.

Nantikan perincian seterusnya selepas pelancaran.

Comments