Perodua Bezza 2020 - lampu LED, Sistem ASA 2.0, semuanya di bawah RM50,000


 Perodua membuka era keramat 2020 dengan melancarkan model Bezza yang di perbaharui untuk dekad baru ini. Mengalami perubahan rupa yang boleh di katakan major, Perodua Bezza 2020 ini membawa ciri-ciri mahal ke pasaran murahan yang bermula pada RM34,580. Enjin kapasiti masih lagi 1.0L dan 1.3L, di mana 1.0 trim G di beri pilihan automatik atau manual, manakala versi 1.3X dan 1.3AV hanya di jual dalam transmisi automatik.

Perubahan signifikan untuk Bezza facelift boleh dirumuskan kepada lima item utama:
1. Bahagian depan yang di perbaharui sepenuhnya. Bumper depan dengan rekaan lebih aggresif ( bukaan "vent" lebih besar), lampu hadapan yang lebih tirus and dikuasakan dengan LED! Ini menjadikan Bezza kelihatan mahal.

2. Bumper belakang yang di labuhkan dan di tambah otot supaya kelihatan lebih landai dan tidak terjongket. Lampu belakang masih lagi yang asal, tetapi jaluran krom telah di beri sentuhan hitam kilat.

3. Sistem autonomi ASA 2.0 di pasang di varian paling mahal 1.3AV. Berfungsi untuk membrek secara automatik melalui pengesan pejalan kaki (sehingga 50 km/h), pengesan kenderaan (sehingga 80 km/h) dan ini akan mengaktifkan brek autonomi. Selain itu, terdapat juga sistem yang memberi amaran kereta hadapan telah bergerak sejurus selepas berhenti.
4. Dashboard yang di tambah garnis perak - menambah seri tanpa "major re-tooling"

5. Kerusi belakang yang di condongkan. Ini di lakukan supaya penumpang dapat menikmati posisi yang lebih selesa.

Selain daripada itu, ada juga beberapa ciri-ciri yang penulis rasakan agak mengarut seperti di bawah:
1. Apron belakang yang jauh dari pada tip ekzos. Memang lah Perodua agak hebat dalam bab "cost down", tapi apa barang bila ekzos duduk dalam bumper, apa lah salahnya panjangkan lah sikit batang ekzos. Kalau nanti asap "recirculate" ke dalam kabin bagai mana?

2. Garnish hitam di bumper belakang. Nak kata lubang angin pun bukan, nak kata "protective section" pun bukan. Ini agak berjangkit dengan Honda Civic yang penuh dengan lubang palsu.

Selain daripada itu, tiada lagi aspek negatif yang ingin penulis ketengahkan. Cuma kalau hendak di katakan "best value" agak tidak tepat kerana harga Perodua Bezza facelift (RM34,580 untuk 1.0G manual, RM36,580 untuk 1.0G auto, RM43,980 untuk 1.3X auto dan RM49,980 untuk 1.3AV) jauh lebih mahal dari pada Proton Saga facelift 2019 (RM32,800 untuk 1.3 manual standard, RM35,800 untuk 1.3 Standard auto dan RM39,800 untuk "top-liner" 1.3 Premium auto). Ini menjadikan penambahan ciri ASA 2.0 sesuatu justifikasi harga berbanding seteru nasionalnya, bukanlah suatu sistem yang diberikan secara dermawan.

Apa anda rasa? Saga lebih baik?

Comments