Mazda CX-30 - spesis mengancam bahana gaya Kodo


Mazda CX-30 kini sudah mula berada di showroom Malaysia, sebagai previu menjelang pelancaran rasmi pada January 2020 nanti. Model terkini Mazda yang diperkenalkan pada Geneva Motorshow pada March lalu hadir di pasaran Malaysia dengan 3 varian dan 2 pilihan enjin, iaitu 2.0L Skyactiv-G dengan versi Base dan High-spec, manakala versi Skyactiv-D 1.8L hanya tersedia dengan model High-spec. Layari video di bawah untuk melihat betapa mengancamnya model ini, penangan bahasa Kodo 2 yang mengetepikan garis-garis tajam dan di gantikan dengan kontur-kontur lembut yang memainkan refleksi cahaya.

Video di bawah memberi perincian tentang Mazda CX-30, dari segi ukuran dan gambar dalaman.


Diringkaskan cerita, Mazda CX-30 ini bersaiz tengah-tengah antara Mazda CX-3 dan Mazda CX-5. Senang cakap, betul-betul dimensi Proton Persona baru, cuma tanpa kegopohan "proportion". Alunan garisan badannya memang epik.

Harga yang ditawarkan berpatutan dengan kedudukan jenama Mazda dan juga situasi CBU bagi model ini. Model 2.0L petrol base berharga RM143,119 manakala versi High-Spec pula RM164,119. Versi 1.8L merupakan "top-of-the-line" dengan harga RM173,027. 


Comments